suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penceramah motivasi direman dua hari, disyaki lakukan gangguan seksual

Tahanan reman dibuat bagi membantu siasatan lanjut.

SEORANG penceramah motivasi bebas direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Perintah tahanan reman sehingga 4 Oktober itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kangar, Mohd. Amiruldin Roslan pada pagi Sabtu.

Ia susulan penahanan suspek berusia 34 tahun di Sungai Petani, Kedah kira-kira pukul 11 malam Jumaat sebelum dia dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar bagi mendapatkan perintah reman.

Suspek yang memakai baju-T berwarna hitam tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Sebelum ini, Ketua Polis Perlis, Deputi Komisioner Hamzah Hashim mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap kanak-kanak yang membabitkan penceramah motivasi terbabit pada 26 September lalu.

Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 12 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Polis turut menggesa mana-mana individu lain yang mungkin menjadi mangsa supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan lanjut. 

Artikel Lain