suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

JPJ gantung perkhidmatan MyEG mulai 5 Oktober... Orang ramai boleh guna saluran rasmi perbaharui cukai, bayar saman 

Perkhidmatan JPJ sebelum ini ditawarkan menerusi saluran Kumpulan MyEG.

PERKHIDMATAN MyEG dan Zetrix AI Bhd sebagai ejen kutipan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan digantung berkuat kuasa 5 Oktober 2026.

JPJ dalam satu kenyataan memaklumkan penggantungan terhadap kedua-dua syarikat di bawah Kumpulan MyEG itu bermula pukul 12.01 tengah malam pada tarikh berkenaan.

Menurut JPJ, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pematuhan terhadap terma dan syarat perjanjian serta status obligasi yang masih belum dipenuhi atau diselesaikan oleh syarikat terbabit.

Susulan penggantungan itu, semua perkhidmatan JPJ yang sebelum ini ditawarkan menerusi saluran Kumpulan MyEG turut dihentikan mulai Isnin. 

Bagaimanapun, orang ramai masih boleh mendapatkan perkhidmatan JPJ melalui saluran rasmi dan alternatif yang disediakan.

Bagi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan, urusan boleh dilakukan di kaunter JPJ, aplikasi MyJPJ, portal awam JPJ, kiosk JPJ, kaunter bergerak, pejabat pos serta perkhidmatan Puspakom terpilih.

Pembaharuan lesen memandu pula boleh dilakukan melalui kaunter JPJ, MyJPJ, portal awam JPJ, kiosk, kaunter bergerak dan pejabat pos.

Permohonan Lesen Belajar Memandu (LDL), selain semakan serta bayaran saman, juga boleh dibuat menerusi saluran rasmi JPJ.

Bagi tempahan ujian teori berkomputer KPP01 yang dibuat melalui MYEG sebelum 5 Oktober, tempahan berkenaan kekal sah dan boleh diteruskan mengikut jadual ditetapkan.

Bagaimanapun, tempahan baharu mulai 5 Oktober perlu dibuat melalui pusat ujian KPP di institut memandu seluruh negara.

Bagi warga asing yang ingin membayar saman di sempadan Malaysia-Singapura, unit bergerak JPJ akan disediakan di Kompleks Sultan Abu Bakar dan Bangunan Sultan Iskandar di Johor.

JPJ menasihatkan orang ramai supaya menggunakan saluran rasmi bagi memastikan urusan berkaitan dilakukan dengan lancar dan selamat. - The Star

Artikel Lain