suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pembantu ucap terima kasih, orang ramai beri ruang privasi ketika Tun M ziarah pusara Siti Hasmah

Kawasan pusara Allahyarham Siti Hasmah dikosongkan seketika bagi memberi ruang kepada Dr Mahathir. -Gambar Threads Adam Mohd Muhayeddin

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat privasi ketika menziarahi pusara isterinya iaitu Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali apabila kawasan itu dikosongkan seketika pada Jumaat.

Pembantu Dr Mahathir, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin merakamkan penghargaan kepada orang ramai dan pihak media yang memberikan kerjasama ketika negarawan itu hadir bersama ahli keluarga di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.

"Terima kasih kepada orang ramai dan rakan media yang ada di Pusara Negara yang mengosongkan kawasan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga sahaja sebentar tadi.

"Terima kasih juga kepada yang tidak mengambil gambar dan video," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Duka seorang negarawan... Tun M sebak lepas rindu di pusara Siti Hasmah

Adam Mukhriz turut memaklumkan pihak polis turut menghalang individu yang cuba mengangkat kamera bagi merakam keadaan di lokasi.

"Polis dah halang siapa angkat kamera tadi. Insya-Allah," katanya.

Pada Khamis, Dr Mahathir kelihataan sebak dan sugul ketika menziarahi pusara isterinya sekitar pukul 11.05 pagi.

Kehadiran beliau telah menarik perhatian orang ramai dan pihak media yang berada di pusara tersebut untuk mengambil gambar dan video.

Susulan itu, orang ramai berharap pihak berkuasa dapat memberikan ruang kepada Dr Mahathir menziarahi pusara isterinya tanpa diganggu mana-mana pihak.

 

Artikel Lain