suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Duka seorang negarawan... Tun M sebak lepas rindu di pusara Siti Hasmah

Dr Mahathir kelihatan sebak ketika menziarahi pusara isterinya pada Khamis.

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan sebak dan sugul ketika menziarahi pusara isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada Khamis.

Beliau yang berkerusi roda dilihat meluangkan masa di pusara isterinya sebelum menitiskan air mata mengenangkan insan yang menjadi teman hidupnya selama tujuh dekad.

Dr Mahathir yang berbaju kemeja dan berkain pelikat tiba kira-kira pukul 11.05 pagi dengan ditemani ahli keluarga dan meluangkan masa kira-kira 20 minit.

Negarawan itu dilihat membaca doa dan menabur bunga di pusara Allahyarham.

Kehadiran Dr Mahathir juga menyebabkan orang ramai yang turut menziarahi pusara kelihatan sebak. 

Dr Mahathir dan Allahyarham Siti Hasmah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Allahyarham Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Isnin.

Jenazah Allahyarham kemudian dikebumikan dengan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.

Artikel Lain