suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beza agama bukan penghalang... Pemuda Cina hadiah barangan keperluan masjid, niat infak atas nama Tun Siti Hasmah

Antara barangan keperluan yang disedekah atas nama Allahyarham Dr Siti Hasmah.

PERBEZAAN agama sama sekali tidak menyekat rasa hormat dan kasih sayang sesama manusia.

Hal ini dibuktikan oleh aktivis kebajikan Sabah, Adrian Edy, yang tergerak hati untuk melakukan infak barangan keperluan masjid khas buat Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tanda penghormatan atas pemergian tokoh negara berkenaan.

Menurut Edy, dia mengakui amat tersentuh apabila mendapat perkhabaran duka tentang pemergian Allahyarham pada Isnin, justeru berniat mahu menyumbang pahala kebaikan itu buat arwah.

"Tadi pagi bangun tiba-tiba terdetik dalam hati untuk buat sesuatu bagi mempermudahkan perjalanan Allahyarham ke negeri abadi.

"Pemergiannya sangat memberi kesan kepada kita semua," katanya menerusi perkongsian di media sosial.

Susulan itu, Edy menghubungi rakannya dan meminta bantuan membeli beberapa barangan keperluan untuk disumbangkan kepada sebuah masjid di Kampung Inanam Laut di Kota Kinabalu, Sabah.

"Saya terus mesej kawan, minta tolong belikan barangan seperti selipar, sabun dan peralatan untuk mencuci masjid sebab benda-benda ini akan digunakan selalu.

"Syukur semuanya dipermudahkan. Semoga sedekah kecil ini dapat memberi manfaat kepada jemaah-jemaah di sini," katanya.

Edy berkata, dia mendapat idea tersebut selepas membaca perkongsian di media sosial mengenai amalan sedekah yang memberi manfaat secara berterusan.

"Edy ada terbaca di media sosial, selagi mana barangan ini digunakan, selagi itu pahala terus mengalir buat si mati.

"Edy niat sedekah ini untuk Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah," katanya.

Dalam masa sama, Edy turut menitipkan doa agar Allahyarham diberikan keampunan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Semoga roh Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah tenang di sana, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan diampunkan segala dosanya," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain