suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MEHROM rupanya pertubuhan haram! Lelaki mengaku ‘presiden’ pertubuhan etnik Rohingya diheret ke mahkamah

Zafar sebelum ini mengaku sebagai Presiden MEHROM yang memperjuangkan etnik Rohingya.

 

SEORANG lelaki yang dipercayai terlibat dalam pengurusan Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu atas dua kesalahan berkaitan pertubuhan tidak berdaftar.

Zafar Ahmad Abdul Ghani bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan yang dibuat mengikut Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).

Susulan itu, mahkamah menetapkan 30 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dalam kenyataan memaklumkan, pendakwaan dibuat susulan siasatan bahagian penguatkuasaan jabatan itu terhadap aktiviti MERHROM di media sosial.

Siasatan berkenaan turut melibatkan kenyataan dan penerbitan oleh tertuduh yang memperkenalkan dirinya sebagai Presiden MERHROM.

Bagaimanapun, semakan mendapati MERHROM tidak berdaftar dengan ROS.

Pada masa sama, Zafar Ahmad juga didapati bukan pemegang jawatan bagi mana-mana pertubuhan berdaftar yang menggunakan nama berkenaan.

"Semakan mendapati MERHROM tidak berdaftar dengan ROS, manakala tertuduh bukan pemegang jawatan bagi mana-mana pertubuhan berdaftar yang menggunakan nama tersebut," menurut kenyataan itu.

ROS menegaskan pihaknya memandang serius sebarang aktiviti melibatkan pengurusan, pengendalian atau promosi pertubuhan yang tidak mematuhi undang-undang.

Jabatan itu turut memberi jaminan bahawa pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Pertubuhan 1966 serta peraturan berkaitan.

 

Artikel Lain