BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UiTM Holdings Sdn Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Khamis atas pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan lebih RM37 juta berkaitan projek tenaga solar di Pahang.Tertuduh, Azlizan Fadzli, 53, yang hadir ke mahkamah menggunakan kerusi roda mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Nasir Nordin. Mengikut pertuduhan, Azlizan dalam kapasiti sebagai CEO didakwa dengan curang menyalahgunakan wang berjumlah RM37,374,612.68 yang diperuntukkan bagi projek solar fotovolta berskala besar berkapasiti 50 megawatt di Gambang, Pahang.Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan memberi kebenaran pembayaran bagi tujuan yang tidak dibenarkan.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Bhd cawangan UiTM Shah Alam yang terletak di Menara Sultan Abdul Aziz Shah antara 2 Februari hingga 2 Oktober 2017.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How meminta mahkamah mengambil kira sifat kes berprofil tinggi itu yang menurutnya membabitkan jumlah dana awam yang besar serta reputasi UiTM Holdings.Pendakwaan kemudian mencadangkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin.Bagaimanapun, peguam bela Hasshahari Johari Mawi memohon jaminan lebih rendah iaitu RM20,000 dengan dua penjamin.Menurut peguam, anak guamnya merupakan mangsa strok yang berdepan masalah fizikal dan kognitif.Beliau turut memaklumkan isteri tertuduh kini menanggung tujuh anak mereka yang berusia antara 14 hingga 21 tahun, selain Azlizan memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan.Mahkamah kemudian membenarkan Azlizan diikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin.Azlizan turut diperintahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap tiga bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.Mahkamah menetapkan 3 November depan untuk sebutan semula kes.-The Star