suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keadaan Tun M di IJN baik, kesihatan tidak membimbangkan

Dr Mahathir dilaporkan berada dalam keadaan baik.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pemantauan kesihatan pada Selasa.

Anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir memaklumkan keadaan bapanya ketika ini adalah baik dan tidak membimbangkan.

Jelas Mokhzani, keputusan untuk memasukkan bapanya ke IJN bagi membolehkan beliau diberi perhatian selepas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Isnin.

Sementara itu pembantu Dr Mahathir, Adam Mohd Muhayeddin di Threads memaklumkan keadaan negarawan itu berada dalam pemantauan pihak IJN.

"Seperti yang dilaporkan media, Tun sekarang berada di IJN untuk pemeriksaan malam semalam (Selasa).

"Sekarang dalam pantauan pihak hospital. Insha-Allah Tun akan berada dalam keadaan baik. Sama-sama kita doakan," kongsinya.

Sebelum ini, Dr Mahathir mempunyai sejarah masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1989 serta 2007.

Pada Januari lalu, beliau mengalami keretakan tulang pinggul selepas terjatuh di kediamannya.

Susulan faktor usia, Dr Mahathir menjalani rawatan fisioterapi berbanding menjalani pembedahan.

Artikel Lain