Kenderaan yang membawa Menteri Besar Datuk Ismail Lasim tiba di Istana Hinggap untuk menghadap Tuanku Muhriz.
MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dilihat meninggalkan Istana Hinggap selepas menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, pada Selasa.Bagaimanapun, Ismail dipercayai mengelak daripada bertemu kumpulan wartawan yang menunggu di pintu pagar hadapan istana apabila beliau keluar melalui pintu belakang kira-kira pukul 1.45 tengah hari. ARTIKEL BERKAITAN: “Ini hak dan keistimewaan adat kami” - Undang Yang Empat perjelas kuasa memilih, menurunkan Yang di-Pertuan BesarBeliau yang tiba di istana kira-kira tiga jam sebelum itu dipercayai menghadap baginda bagi mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan kemelut adat dan perlembagaan yang sedang berlaku di negeri berkenaan.Pada waktu hampir sama, Undang Luak Sungai Ujong, Muhammad Faris Johari dan Undang Luak Rembau, Hassan Ab Hamid, yang turut berada di istana, dilihat keluar melalui pintu hadapan.Dalam pada itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Datuk Alzafny Ahmad juga hadir di istana.Setakat ini, butiran pertemuan dan cadangan yang dikemukakan kepada Tuanku Muhriz belum diumumkan. -The Star