suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Surat letak jawatan sudah hantar ke tangan PM... Anthony Loke lepas kerusi menteri apabila Najib balik rumah

Setiausaha Agung DAP itu berkata dia sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Anwar. -foto Bernama

ANTHONY Loke berkata peletakan jawatannya daripada Kabinet akan berkuat kuasa sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak keluar dari penjara untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah.

Menteri Pengangkutan itu berkata, dia menyerahkan sendiri surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas bertemu dengannya pada Isnin bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa surat peletakan jawatan saya telah diserahkan terus kepada Perdana Menteri dan saya kemudian berbincang dengannya.

“Dalam perbincangan itu, beliau meminta saya meneruskan tugas buat sementara waktu.

“Jadi buat masa ini, dan berhubung bila peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa, perkara itu akan diputuskan oleh Perdana Menteri,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Malaysia Maritime Week 2026 di Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Anthony Loke tetap pendirian letak jawatan, bakal serah surat selepas pulang dari China

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP itu berkata dia telah memaklumkan kepada Anwar bahawa perlu ada tempoh masa untuknya meneruskan tugas sebagai menteri.

Dia berkata peletakan jawatannya akan berkuat kuasa sebaik sahaja Najib pulang ke rumah untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah selepas bekas perdana menteri itu mendapat pengampunan bersyarat pada 18 September daripada Lembaga Pengampunan.

Pengampunan bersyarat itu membolehkan Najib menjalani baki hukuman bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

“Jadi, tempohnya ialah pada hari Najib pulang ke rumah, peletakan jawatan saya akan berkuat kuasa.

“Ia masih belum berlaku, jadi saya masih menjalankan tugas dan belum ada pengganti,” katanya. -The Star

Artikel Lain