SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke menegaskan tetap dengan pendirian untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Ahli Parlimen Seremban itu berkata, surat peletakan jawatannya akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang dari China."Keputusan sudah dibuat. Saya akan serahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri apabila pulang," katanya kepada pemberita selepas tiba di Hangzhou pada Rabu.Loke kini mengiringi Anwar dalam lawatan kerja selama tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou atas jemputan kerajaan China.Beliau menawarkan untuk meletakkan jawatan susulan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Sabtu lalu sebagai respon terhadap pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Bagaimanapun, Loke menjelaskan menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP akan terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan.Terdahulu, Perdana Menteri berkata beliau tidak mahu tergesa-gesa membuat keputusan berhubung hasrat Loke untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan kerana ingin mendengar penjelasannya terlebih dahulu.Anwar turut berpandangan DAP tidak sepatutnya tunduk kepada desakan pihak yang disifatkannya mempunyai kepentingan politik supaya parti itu menarik diri daripada kerajaan. -The Star