suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar bantah tindakan MB, Exco Negeri Sembilan turunkan takhta Tuanku Muhriz… Anggap biadab dan tidak bertamadun 

Anwar menyifatkan tindakan MB dan Exco Negeri Sembilan tidak bertamadun.

 

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri berhubung proklamasi penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai biadab dan tidak bertamadun.

Anwar menegaskan Menteri Besar dan barisan Exco tidak mempunyai mandat mempertikaikan kedudukan Raja.

"Menteri Besar dan Exco yang membuat keputusan, ini langkah biadab, tidak ada tamadun dan saya bantah keras. 

"Sejak bila mereka ada mandat nak pertikai kedudukan Raja?" katanya kepada media ketika dalam perjalanan menaiki kereta api laju dari Shanghai ke Hangzhou pada Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Ismail sebelum ini yang mengesahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri membuat keputusan sebulat suara bahawa proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz adalah sah dan secara sebulan suara.

Dalam pada itu, Anwar berkata Kerajaan Persekutuan tidak mahu campur tangan dalam urusan menentukan kedudukan Yang di-Pertuan Besar. 

Namun, tegas beliau, kerajaan tetap mempunyai tanggungjawab dalam menjaga keselamatan negara dan institusinya.

Anwar turut menjelaskan keputusannya untuk menghadap Tuanku Muhriz baru-baru ini dibuat berdasarkan keputusan mahkamah yang mengiktiraf baginda sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah.

Menurut Anwar, beliau menghormati peranan Undang Luak dalam perkara berkaitan takhta, tetapi sebarang keputusan perlu dibuat mengikut proses dan peraturan yang betul.

"Saya hormati Undang, sebahagiannya saya kenal baik. Tapi dia kena faham, kita tak campur. Tapi kita kena jaga negara. Keselamatan negara, institusi, itu tanggungjawab kita," katanya.

Anwar berkata percanggahan antara pihak yang mendakwa mempunyai kuasa sebagai Undang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum keputusan mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar dapat dimuktamadkan.

 

Artikel Lain