suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bersatu mengadu tak dijemput mesyuarat, RoS gantung kegiatan PN

Perintah penggantungan terahdap PN dilakukan mengikut Subseksyen 13(2A) Akta 832. -Gambar hiasan Izzrafiq Alias/SMG

JABATAN Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengesahkan semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) kini digantung, berkuat kuasa pada Rabu.

RoS dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, perintah penggantungan itu dilakukan mengikut Subseksyen 13(2A) Akta 832.

Menurut jabatan itu, pihaknya sebelum ini mengeluarkan notis di bawah subseksyen 13(2) akta sama bertarikh 22 September lalu dan memberikan tempoh munasabah kepada PN untuk menjawab notis berkenaan.

“Notis tersebut bertujuan meminta PN memberikan penjelasan berhubung aduan yang dilaporkan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada RoS.

“Notis tersebut bukan keputusan pembatalan pendaftaran,” katanya.

RoS dalam pada itu meminta semua pihak supaya merujuk maklumat rasmi yang dikeluarkan jabatan itu serta mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang awam.

Sebelum ini, RoS  mengesahkan menerima aduan rasmi Bersatu pada 11 Ogos antaranya berkaitan dakwaan parti itu tidak dibabitkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai dan isu status keanggotaannya dalam gabungan itu.

 

Artikel Lain