MALAYSIA mula menghantar pulang kira-kira 1,500 pelarian Myanmar dalam fasa pertama program penghantaran pulang pada Selasa.Memetik laporan AFP, kumpulan tersebut antara 5,000 warga Myanmar yang menyatakan persetujuan untuk pulang secara sukarela dari pusat tahanan. Susulan itu, puluhan bas tiba dengan diiringi polis di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, berhampiran Pangkalan Tentera Laut Lumut, Perak.Warga Myanmar itu dijangka melalui proses dokumentasi sebelum dibawa ke pangkalan tentera laut berhampiran dan seterusnya dihantar ke Myanmar menggunakan kapal.Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan angka tepat etnik Rohingya terlibat berikutan pihak berkuasa Malaysia tidak mendedahkan jumlahnya.Berdasarkan rekod Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), etnik minoriti Islam Rohingya merangkumi dua pertiga daripada 190,000 pelarian dan pencari suaka Myanmar di Malaysia.Sebelum ini pada Julai, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Myanmar bersetuju menerima semula 5,000 etnik Rohingya, dalam usaha penghantaran pulang yang jarang dilakukan.Rancangan penghantaran pulang itu sekali gus mencetuskan kebimbangan kumpulan hak asasi manusia.Bagaimanapun, pada awal September lepas, Myanmar berikrar untuk membawa pulang rakyatnya dengan ‘selamat dan bermaruah’.Ketegasan itu disuarakan susulan kritikan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia.