suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ribuan hadir beri penghormatan, Tun Dr Siti Hasmah selamat disemadikan di Makam Pahlawan

Jenazah Allahyarham Dr Siti Hasmah disempurnakan mengikut Istiadat Pengebumian Pembesar Negara. -AZMAN GHANI/The Star

JENAZAH Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali selamat dikebumikan kira-kira pukul 6.25 petang Isnin di Makam Pahlawan, Presint 20, Putrajaya.

Jenazah disemadikan bersebelahan pusara Tun Endon Mahmood iaitu isteri Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5.

Kira-kira ribuan masyarakat membanjiri Makam Pahlawan bagi menghadiri istiadat pengebumian rasmi berkenaan.

Sebelum itu, jenazah Allahyarhamah disolatkan di Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir di sisi jenazah isteri tercinta, Dr Siti Hasmah. -AZMAN GHANI/The Star

Dr Mahathir di sisi jenazah isteri tercinta, Dr Siti Hasmah. -AZMAN GHANI/The Star

Terdahulu, Allahyarhamah di bawa ke kediamannya di The Mines, Sri Kembangan bagi membolehkan orang ramai memberikan penghormatan terakhir bermula pukul 3 petang hingga 4 petang.

Dr Siti Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.20 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada usia 100 tahun.

Arwah mendirikan rumah tangga bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 4 Ogos 1956 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir dan Mirzan Mahathir.

Dr Siti Hasmah diberikan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara atas kapasitinya sebagai seorang tokoh negara.

Artikel Lain