suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rayuan ditolak, hukuman penjara 5 tahun terhadap ibu Zayn Rayyan kekal

Ismanira menjalani hukuman di Penjara Wanita Kajang.

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam menolak permohonan rayuan Ismanira Abdul Manaf bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matin sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, tiga tahun lepas.

Keputusan dibuat Hakim Noor Hisham Ismail pada Isnin itu bermakna Ismanira, 31, kekal dipenjara lima tahun seperti hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya sebelum ini.

Mendengar keputusan itu, Ismanira yang sedang menjalani hukuman di Penjara Wanita Kajang selama sebelas bulan, kelihatan tenang ketika berdiri di kandang tertuduh.

Semasa membaca keputusan, Hakim berkata, setelah meneliti rekod rayuan termasuk alasan penghakiman, hujahan bertulis dan lisan kedua-dua pihak, mahkamah berpuas hati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak melakukan sebarang kekhilafan fakta atau undang-undang dalam keputusannya.

Beliau berkata, pertuduhan berkenaan menyatakan dengan jelas mengenai setiap elemen bagi kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan cara pengabaian dilakukan juga telah dibutirkan, yang mana Orang Kena Tuduh (OKT) tidak mungkin akan terkeliru, maka tiada kegagalan keadilan di situ.

ARTIKEL BERKAITAN: Hukuman penjara 5 tahun kekal, mahkamah tolak permohonan ibu Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: Ismanira dipenjara 5 tahun abai Zayn Rayyan

Menurutnya, jika pun mahkamah rendah terkhilaf apabila menjadikan sebab-akibat sebagai suatu elemen, mahkamah ini berpandangan pendekatan tersebut tidak menjejaskan sabitan.

Hakim berkata, perbezaan antara Seksyen 31 dan 33 akta itu terletak pada elemen risiko kecederaan.

Selain itu, mahkamah turut menolak rayuan silang pihak pendakwaan terhadap hukuman penjara lima tahun itu yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dan berpendapat hukuman penjara yang dijatuhkan terhadap Ismanira adalah memadai.

Dalam prosiding tersebut, Ismanira diwakili peguam, Tiara Katirina Fuad, Haresh Mahadevan dan Lavanesh Mahadevan.

Pendakwaan pula diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Kamarul Iman Ahmad Sapian dan Ahmad Iqbal Azman.

Sebelum ini, pada 31 Oktober 2025, Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Dr Syaliza Warnoh menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ismanira selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dan pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes melangkaui keraguan munasabah terhadap Ismanira diakhir kes pembelaannya.

Pada 23 Disember 2025, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ismanira untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya bagi kesalahan mengabaikan Zayn Rayyan.

Artikel Lain