Seorang kanak-kanak ditegur selepas didakwa membuang air di kawasan peti surat sebuah pangsapuri di Beranang.
SEORANG lelaki berang apabila mendakwa terserempak dengan kanak-kanak warga Rohingya yang sesuka hati membuang air besar di kawasan pangsapurinya pada Ahad.Menerusi satu hantaran di Threads, pengguna akaun Syukriri93_vem mendakwa kejadian berlaku di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor, sejurus dia pulang dari tempat kerja. "Panas betul hati aku. Balik kerja nampak budak ini buang air besar dekat tepi peti surat."Dia tinggal di blok lain tapi datang buang air dekat blok J. Buang air besar dengan kecil sekali," katanya dalam perkongsian [Tonton Video] di Threads.Enggan membiarkan kawasan tersebut kotor dan berbau, lelaki berkenaan mengambil tindakan tegas dengan menyuruh kanak-kanak itu menyiram dan membersihkan semula najis berkenaan."Dia cuci pakai air. Saya tunggu di situ sampai bersih. Kalau najis masih ada, saya suruh dia ambil air lagi," katanya membalas pertanyaan warga maya kaedah yang digunakan kanak-kanak itu membersih kawasan tersebut.Tambahnya lagi, tangan dan kaki kanak-kanak berkenaan turut terkena najis sewaktu proses pembersihan tersebut.Melalui video yang dimuat naik, kelihatan kanak-kanak yang sedang memegang bola itu menggunakan kakinya untuk menolak kotoran berkenaan ke arah longkang sambil dipantau oleh lelaki tersebut."Ni bersihkan, sedap kau je berak. Tu apa? Bersihkan lagi," kata lelaki itu di dalam video berkenaan.