suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jenazah Tun Siti Hasmah dibawa pulang ke rumah sebelum dikebumikan

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediaman di The Mines.

JENAZAH Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Isnin dibawa ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dimandikan di kediamannya sebelum urusan pengebumian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Siti Hasmah meninggal dunia

Allahyarham yang berusia 100 tahun dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.20 pagi.

Jenazah Allahyarham dijadual disembahyangkan selepas solat Asar di Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Kuala Lumpur.

Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya untuk dikebumikan.

Siti Hasmah yang dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Klang, Selangor, genap berusia 100 tahun pada Julai lalu.

Artikel Lain