SEORANG operator jengkaut berusia 26 tahun lemas selepas jentera dikendalikannya terbalik ketika kerja pembersihan di Tasik Bera, Pahang pada Sabtu.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa ditemukan terperangkap di dalam kabin jengkaut berkenaan. “Anggota bomba berjaya membuka pintu kabin dan membawa mangsa keluar kira-kira pukul 4.10 petang. "Mangsa tidak sedarkan diri ketika dibawa ke tebing sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi,” katanya pada Ahad.Menurutnya, seorang lagi lelaki berusia 28 tahun yang terlibat dalam kejadian itu berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.Mohd Salahuddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.11 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Triang tiba di lokasi pada pukul 2.56 petang.Pasukan penyelamat pada mulanya menjalankan pencarian menggunakan bot di sekitar jengkaut yang terbalik sebelum menemukan mangsa. Mayatnya kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.-The Star