suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam kawasan catat IPU tidak sihat, bacaan tertinggi 165

Keadaan udara pada pagi Ahad kelihatan berkabus akibat jerebu.

ENAM kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 10 pagi, Ahad.

Bagaimanapun, kualiti udara di kawasan terbabit menunjukkan sedikit peningkatan berbanding bacaan yang direkodkan pada pukul 8 pagi.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), empat kawasan di Johor masih merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Kota Tinggi (165), Pasir Gudang (164), Pengerang (162) dan Larkin (156).

Di Sarawak pula, kawasan IPD Serian merekodkan bacaan 152 manakala Sri Aman mencatatkan 127.

Sementara itu, beberapa kawasan lain merekodkan bacaan sederhana termasuk Kuching, Sarawak (93), Rompin, Pahang (86), Samarahan, Sarawak (84), Batu Pahat, Johor (80) dan Nilai, Negeri Sembilan (79).

Shah Alam, Selangor dan Bintulu, Sarawak masing-masing mencatatkan bacaan 74, manakala Cheras, Kuala Lumpur, Paka, Terengganu serta Tawau, Sabah masing-masing merekodkan 73.

Secara keseluruhan, 54 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Lapan kawasan pula merekodkan kualiti udara yang baik iaitu Balik Pulau, Pulau Pinang (40), Kota Bharu, Kelantan (38), Alor Setar, Kedah (37), Kangar, Perlis (35), Temerloh, Pahang (34), Besut, Terengganu (33), Tanah Merah, Kelantan (29) dan Langkawi, Kedah (24).

Untuk makluman, bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Data IPU dikemas kini setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara. -The Star

Artikel Lain