TABUNG Solidariti Datuk Seri Najib Razak berjaya mengumpul RM9.25 juta setakat pukul 10 pagi Ahad, namun jumlah itu masih belum mencukupi untuk mencapai sasaran RM50 juta.Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lebih banyak dana diperlukan bagi mencukupkan jumlah berkenaan sebelum pelaksanaan tahanan rumah Najib dapat dilaksanakan sepenuhnya. "Setakat pukul 10 pagi, kita sudah mengumpul RM9.25 juta."Jumlah ini masih belum mencukupi untuk mencapai sasaran RM50 juta. Usaha sedang diteruskan untuk meningkatkan kutipan dana dan kita berharap rakan-rakan dapat membantu dalam masa terdekat bagi mencapai jumlah yang ditetapkan Lembaga Pengampunan."Jumlah itu perlu dijelaskan sebelum tahanan rumah dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Najib kekal di Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta dibayarBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Parti Makkal Sakti Malaysia ke-18 di Kuala Lumpur pada Ahad.Umno melancarkan tabung berkenaan susulan keputusan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib.Keputusan itu membolehkan bekas Perdana Menteri berkenaan menjalani baki hukumannya menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta dan pematuhan syarat yang ditetapkan.-The Star