suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BN pegang janji kepada Agong, kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga Parlimen bubar

BN memenangi 30 kerusi Parlimen pada PRU15. -Gambar hiasan

BARISAN Nasional (BN) akan berpisah dengan Kerajaan Perpaduan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Ahmad Zahid, BN akan terus memberikan komitmen kepada Kerajaan Perpaduan sehingga pembubaran Parlimen selaras dengan persetujuan yang dicapai selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Sebaik sahaja Parlimen yang ada sekarang dibubarkan, kita tidak lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan itu.

"Itulah janji kita. Janji yang kita buat kepada Yang di-Pertuan Agong. Ia merupakan komitmen yang kita buat ketika menyertai Kerajaan Perpaduan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti Malaysia ke-18 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada Ahad.

Ahmad Zahid berkata, penyertaan BN dalam Kerajaan Perpaduan tidak bermakna gabungan berkenaan mengorbankan identiti atau pendirian politiknya.

"Barisan tetap Barisan. Persetujuan kita adalah di peringkat nasional.

"Pilihan raya negeri baru-baru ini termasuk di Johor menunjukkan bahawa kita boleh berpegang kepada prinsip itu," katanya.-The Star

Artikel Lain