Steven Sim Chee Keong (tengah) mendengar kisah kebangkitan usahawan terkenal Aliff Syukri (kanak) dan Lim Pinn Yang (kiri). -Foto ZHAFARAN NASIB
DARIPADA gerai pasar tani kepada perniagaan bernilai jutaan ringgit, kisah jatuh bangun dua usahawan terkenal menjadi pencetus perbualan menarik ketika Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Steven Sim Chee Keong duduk bersama Datuk Seri Aliff Syukri dan Lim Pinn Yang.Sesi santai itu bukan sekadar membincangkan angka jualan dan kejayaan, sebaliknya membuka ruang kepada ketiga-tiganya berkongsi pengalaman, kegagalan, cabaran serta perubahan yang perlu dilakukan usahawan untuk terus bertahan dalam dunia perniagaan yang semakin kompetitif. Sim, turut mencuit suasana dengan gurauan spontan, banyak mencungkil pengalaman peribadi kedua-dua panelis, daripada zaman berniaga di pasar tani sehingga kejayaan mereka memanfaatkan media sosial dan platform digital. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstarmalaysia)Aliff mengimbas kembali bagaimana beliau memulakan perniagaan lebih 20 tahun lalu dengan modal hanya RM450.Daripada seorang usahawan tanpa pekerja, beliau kini mempunyai hampir 300 kakitangan selain mengembangkan perniagaannya ke pelbagai bidang.Namun, bagi Aliff, pengalaman adalah “universiti” terbaik dalam dunia perniagaan.Steven Sim Chee Keong (tengah) mendengar kisah kebangkitan usahawan terkenal Aliff Syukri (kanak) dan Lim Pinn Yang (kiri).“Jangan salahkan kerajaan, jangan salahkan orang lain. Pengalaman adalah universiti terbaik dalam perniagaan,” katanya ketika forum yang bertajuk Selebriti ke CEO : Bila Nama Jadi Jenama di Karnival Hebatkan Perniaga Malaysia di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.Beliau turut berkongsi bahawa kegagalan dalam peperiksaan tidak menghalangnya membina kerjaya dalam perniagaan, sambil menegaskan kepentingan pendidikan dan semangat untuk terus berusaha.Sim kemudian menyelitkan satu pemerhatian mudah tetapi dekat dengan realiti kehidupan.“Orang kata peperiksaan itu penting, tetapi ia bukan segala-galanya,” katanya.Bagi Pinn Yang pula, dunia perniagaan sudah sebati sejak kecil apabila beliau membantu bapanya menjual kuali di pasar sekitar Pulau Pinang.Daripada pengalaman membantu memasang khemah, papan dan peralatan gerai, beliau kemudiannya membawa pengalaman itu ke dunia digital menerusi Penang Foodie.Steven Sim Chee Keong ketika berucap di Karnival Hebatkan Perniaga Malaysia di Stadium Batu Kawan.Pinn Yang mengimbas bagaimana dirinya dan ahli keluarga mula menghasilkan kandungan mengenai penjaja dan perniagaan kecil sebelum melihat peluang dalam video dan media sosial.“Tiada kejayaan datang dalam sekelip mata,” katanya ketika menceritakan percubaan pertama membuat siaran langsung yang hanya menghasilkan jualan RM200.Daripada angka itu, beliau terus mencuba, belajar mengenai produk dan memahami kehendak pelanggan sehingga jualan berkembang.Kisah tersebut menarik perhatian Sim yang kemudian mengemukakan persoalan mengenai persaingan.Jika dahulu hanya beberapa pemain menggunakan video untuk mempromosikan makanan dan perniagaan, kini hampir semua orang melakukannya.Bagaimana usahawan hendak menonjol dalam pasaran yang begitu sesak?Steven Sim Chee Keong meluangkan masa meninjau booth peniaga.Menurut Aliff, kuncinya ialah keupayaan mengenal pasti peluang, memahami sasaran pasaran dan terus optimistik.“Dalam perniagaan, siapa yang cepat mengambil peluang, dia mempunyai peluang untuk berjaya,” katanya.Perbincangan turut menyentuh satu perkara yang semakin penting dalam dunia perniagaan digital iaitu kepercayaan.Sim melihat hubungan antara usahawan dengan pengikut mereka bukan sekadar soal menjual produk.Beliau berkata kepercayaan semakin penting dalam era kecerdasan buatan (AI), ketika kandungan digital semakin mudah dihasilkan.“Bila kita hormat penonton, pengikut dan pasaran kita, kita bina kepercayaan,” katanya.Penerima biasiswa tajaan Kax Talent. Daripada situ, perbualan bergerak kepada persoalan yang sering menjadi cabaran usahawan baharu iaitu modal.Pinn Yang berkongsi bagaimana antara pelaburnya pada awalnya merupakan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan pengiklanan Penang Foodie sebelum menawarkan untuk melabur dalam syarikatnya.Aliff pula menceritakan bagaimana beliau pernah menggunakan sistem konsainan (consignment) ketika baru memulakan perniagaan.Bagi Sim perbincangan itu memperlihatkan bahawa tiada satu jalan tunggal untuk membina perniagaan.Usahawan perlu memahami pasaran, mengenal pasti persaingan, mempelbagaikan sumber pendapatan dan bersedia menyesuaikan diri apabila keadaan berubah.Dalam suasana santai yang diselang-seli gurauan, kisah tiga individu itu akhirnya bertemu pada satu titik yang sama, perniagaan bukan sekadar tentang modal atau keuntungan.Terdapat pelbagai jenis jualan di Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia.Ia mengenai keberanian untuk bermula, kesediaan untuk belajar apabila gagal dan keupayaan melihat peluang ketika orang lain mungkin belum melihatnya.Daripada pasar tani dan gerai kuali kepada TikTok, siaran langsung dan personal branding, sesi bersama Steven, Aliff dan Pinn Yang menunjukkan bagaimana dunia perniagaan berubah, tetapi keperluan untuk berusaha, belajar dan memahami pelanggan kekal sama.Karnival dua hari itu turut dimeriahkan dengan pelbagai program, termasuk cabutan bertuah, persembahan busking dan forum usahawan.Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan konsert daripada artis terkenal seperti Ara Johari, Nabila Razali, Wany Hasrita dan Ella.