SEMAKIN ramai yang mengambil peluang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memudahkan urusan harian, termasuk menghasilkan gambar dan video bagi kegunaan di media sosial mahupun mencari rezeki.Namun, kemudahan itu turut menimbulkan kebimbangan apabila ada pihak didakwa menggunakan gambar janaan AI untuk mereka kisah menyayat hati demi mendapatkan sumbangan orang ramai. Menyedari perkara tersebut berlaku, Taufik Rashid tampil berkongsi tangkap layar pemilik akaun yang dipercayai menggunakan gambar janaan AI untuk mendapatkan duit kerana turut menyertakan kod QR."Scammer! Jangan imbas QR yang dia letak, semua gambar AI... tolong kongsi supaya orang ramai tahu. Tengok gambar pun dah tahu, dua orang lelaki yang berbeza," demikian hantarannya di Threads.Pelayar Thread memberi peringatan tentang penipuan yang berlaku.Pada masa sama, dia turut berkongsi beberapa tangkap layar yang diambil dari hantaran individu terbabit yang didakwa sebagai penipu.Menerusi tangkap layar tersebut, hantaran yang dibuat @fathiyahrushdi menyatakan bahawa seorang peniaga yang dikenali sebagai Pakcik Khalid mengalami kerugian selepas jualannya dirampas pihak tidak bertimbang rasa.Tidak hanya itu, bagi menambah rasa simpati, dia turut menyatakan Pakcik Khalid merupakan seorang bapa tunggal yang membesarkan empat orang anak menerusi hasil menjaja.Hantaran terbaharunya itu mendapat perhatian ramai sehingga beberapa pelayar Threads tampil memberi peringatan tentang modus operandi yang dilakukan.Malah mereka meminta orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memindahkan wang menerusi kod QR yang dikongsikan.Hantaran yang dibuat akaun sama sebelum ini.Tambahan pula, akaun @fathiyahrushdi sebelum ini pernah membuat hantaran kisah simpati mengenai seorang wanita yang kononnya berjalan kaki sambil membawa dua anak kecil selepas ditinggalkan suami.Menerusi hantaran lama itu, wanita berkenaan didakwa sedang menuju ke Slim River dari Sungai Sungkai dan memerlukan bantuan untuk mendapatkan tambang bas. Bagaimanapun, perbuatannya itu terbongkar apabila salah satu gambar janaan AI yang dibuat mempunyai kejanggalan, termasuk perubahan pada pakaian kanak-kanak dan imej yang kelihatan seperti tangan tambahan.Setakat ini, dakwaan bahawa gambar-gambar itu dijana menggunakan AI serta tuduhan penipuan belum disahkan secara rasmi.Bagaimanapun akaun yang didakwa sebagai scammer itu telah tiada dalam carian di Threads.Justeru, orang ramai dinasihatkan menyemak kesahihan kisah dan identiti penerima sebelum menyalurkan sumbangan melalui kod QR yang tersebar di media sosial.