POLIS membuka siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kes seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun maut dalam kejadian di sebuah sekolah berasrama di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Jumaat malam.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, polis turut menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan. Alzafny berkata, insiden berkenaan berlaku kira-kira pukul 8 malam sebelum mangsa, Mohamad Idlan Fareesq Shahril dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di asrama.Mangsa yang kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, disahkan meninggal dunia.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar 14 tahun meninggal dunia, dipercayai akibat dibuliARTIKEL BERKAITAN: Remaja ditahan bantu siasatan kematian pelajar 14 tahun, Fadhlina beri jaminan tiada pihak akan dilindungiMenurut Alzafny, polis kini meneliti semua fakta dan bukti bagi menentukan punca serta motif sebenar kejadian.Jelasnya, PDRM memandang serius sebarang kejadian keganasan membabitkan pelajar, khususnya yang mengakibatkan kehilangan nyawa.Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana ia boleh menjejaskan siasatan dan privasi keluarga pelajar terbabit.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.