HUBUNGAN perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) terus diperkukuh menerusi penyertaan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026, yang berlangsung dari 23 hingga 26 September.Kehadiran USDA pada pameran tahun ini bertujuan mengetengahkan pelbagai produk makanan dan pertanian bermutu tinggi dari AS. Ia sekali gus membuktikan keupayaan pengeluar dari negara berkenaan dalam memenuhi piawaian serta kriteria pensijilan halal Malaysia yang ketat.Antara acara menarik yang dibawakan oleh USDA termasuklah sesi demonstrasi memasak secara langsung oleh cef selebriti tempatan, Sid Murshid.Selain itu, penganjuran sesi perbincangan panel yang menampilkan empat badan pensijilan halal dari AS turut menjadi tumpuan utama.Orang ramai dijemput hadir ke ruang pameran USDA di Aras 2, MITEC.Tiga daripada badan pensijilan berkenaan iaitu Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA), Islamic Services of America (ISA), dan American Halal Foundation (AHF) telah menerima pengiktirafan rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).Manakala sebuah lagi badan, Islamic Society of the Washington Area (ISWA), kini sedang berada dalam proses penilaian pengiktirafan.Sesi perbincangan berkenaan dikendalikan oleh Pakar Perdagangan Antarabangsa dan Teraju Halal USDA, Abraham Inouye.Ahliu panel membincangkan mengenai ekosistem sektor halal di AS serta langkah-langkah yang diambil bagi memastikan produk pertanian negara itu sampai kepada pengguna di Malaysia dengan selamat dan diyakini.Kuasa Usaha Kedutaan AS, David H. Gamble, Jr. menjelaskan bahawa pengiktirafan badan pensijilan halal AS oleh Jakim mencerminkan kejayaan yang mampu dicapai menerusi rasa saling percaya antara kedua-dua negara."Kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh hubungan perdagangan dua hala, malah membantu meluaskan rantaian bekalan makanan yang lebih berdaya tahan untuk Malaysia," kata beliau.Antara produk halal dari AS.Sebagai rekod, eksport pertanian AS ke Malaysia mencatatkan nilai kira-kira RM4.4 juta pada tahun 2025, merangkumi produk utama seperti kacang soya, produk tenusu, buah-buahan segar, kekacang, dan sayur-sayuran diproses.Sementara itu, Sid Murshid turut berkongsi pandangan mengenai peranan makanan dalam menghubungkan pelbagai budaya."Bagi rakyat Malaysia, aspek halal adalah berkaitan dengan rasa kepercayaan dan keyakinan terhadap makanan yang diambil."Makanan juga merupakan salah satu cara paling mudah untuk mendekatkan masyarakat dari latar belakang yang berbeza," jelasnya.Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi ruang pameran USDA di Aras 2, Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).