suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ini hak dan keistimewaan adat kami” - Undang Yang Empat perjelas kuasa memilih, menurunkan Yang di-Pertuan Besar

Datuk Maarof Mat Rashad membacakan kenyataan bersama yang dibuat Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

UNDANG Yang Empat dan Tunku Besar Tampin tampil menjelaskan pendirian rasmi mereka berhubung kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir serta pemilihan Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12.

Menerusi satu kenyataan bersama, mereka menegaskan bahawa kuasa memilih dan menurunkan Yang di-Pertuan Besar merupakan hak serta keistimewaan adat Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

Kenyataan rasmi itu dikeluarkan secara bersama oleh Datuk Maarof Mat Rashad, Abdul Rahim Yassin, serta Undang Luak Johol, Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Datuk Muhammed Abdullah.

Maarof yang membacakan kenyataan tersebut berkata, kuasa berkenaan turut diperuntukkan di bawah Perkara 7, 10 dan 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS 1959).

"Kuasa untuk memilih dan menurunkan Yang di-Pertuan Besar adalah hak dan keistimewaan adat kami," katanya pada sidang akhbar di Balai Kediaman Undang Luak Sungei Ujong, pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, kemelut berkaitan pemerintahan Negeri Sembilan telah diselesaikan menerusi proklamasi di bawah Perkara 10 UUTKNS 1959.

Mereka berkata, pemakluman rasmi mengenai penurunan takhta Tunku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan pemilihan Tuanku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar dibuat oleh kerajaan negeri melalui Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 16 September lalu.

Mereka turut memaklumkan bahawa perkara itu telah dimaklumkankepada Majlis Raja-Raja.

Susulan itu, menurut pendirian yang dinyatakan dalam kenyataan bersama tersebut, Tuanku Nadzaruddin ialah Raja Pemerintah yang sah dan mempunyai kuasa menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Besar, termasuk menghadiri persidangan Majlis Raja-Raja.

Artikel Lain