suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warta rasmi sudah keluar… Pelantikan 10 Exco Negeri Sembilan terbatal!

Warta Kerajaan mengesahkan pembatalan pelantikan 10 bekas EXCO Negeri Sembilan susulan pelanggaran ikrar taat setia. -Foto Bernama

HANGAT di Negeri Sembilan apabila pembatalan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dibuat pada 20 September lalu kini disahkan secara rasmi menerusi Warta Kerajaan yang diterbitkan pada Khamis.

Menerusi Warta Kerajaan Negeri Sembilan N.S. P.U. 18, keputusan berkenaan berkuat kuasa pada 20 September lalu selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Menurut warta berkenaan, pelantikan kesemua Exco terbabit dibatalkan susulan dakwaan pelanggaran ikrar taat setia terhadap Yang Dipertuan Besar.

"Menurut Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959, seseorang ahli Exco selain daripada menteri besar memegang jawatannya selama diperkenan oleh (Yang Dipertuan Besar).

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut Negeri Sembilan makin ‘panas’, Exco dihalang masuk pejabat

ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan MB Negeri Sembilan, Exco dengan Tunku Nadzaruddin dibatalkan

"Memandangkan telah melanggar ikrar taat setia (terhadap Yang Dipertuan Besar), dengan ini (Yang Dipertuan Besar) menarik balik perkenan dan membatalkan pelantikan (mereka) sebagai ahli Exco Negeri Sembilan," menurut warta berkenaan.

Untuk rekod, warta rasmi tersebut diterbitkan sebagai Tambahan kepada Perundangan, Jilid 79, No. 39.

Tujuh daripada 10 bekas Exco terbabit merupakan wakil Umno iaitu Mustapha Nagoor (Palong), Faizal Ramli (Linggi), Zaiful Bahri Idris (Chembong), Razi Ali (Sungai Lui), Asna Amin (Lenggeng), Siti Nur Umaira Hasim (Labu) dan Suhaimizan Bizar (Gemencheh).

Manakala, tiga lagi ialah Siow Kong Choon (Chennah) daripada MCA, Fairuz Isa (Serting) mewakili PAS serta Razali Abu Samah (Sikamat) daripada Wawasan.

Kemelut ini tercetus selepas barisan Exco berkenaan didakwa mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan pelucutan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Kenyataan itu kemudian disokong Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.

Susulan itu pada 20 September lalu, Istana Negeri Sembilan mengumumkan pembatalan pelantikan kesemua Exco terbabit berkuat kuasa serta-merta.

Artikel Lain