suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar kehilangan abang sulung, terkilan tak sempat berada di sisi pada saat akhir

Dalam kenangan... Anwar kongsi foto menunjukkan momen ketika memeluk abang sulungnya.

PERJALANAN pulang ke tanah air bertukar suram buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menerima berita sedih pemergian abang sulungnya, Idrus Ibrahim, pada Khamis.

Berita duka itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di Facebook, sambil menggambarkan betapa beratnya hati menerima kehilangan insan yang banyak berkongsi pelbagai kenangan bersama.

Anwar mengakui terkilan kerana tidak berkesempatan berada di sisi Allahyarham pada saat-saat akhir hayatnya.

"Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, saya menerima khabar yang meruntun jiwa bahawa abang saya, Idrus Ibrahim, telah pergi buat selama-lamanya.

"Sukar untuk saya ungkapkan rasa kehilangan ini apabila seorang sosok yang berkongsi begitu banyak kenangan sepanjang perjalanan hidup kini telah tiada, dan hanya Allah SWT yang tahu betapa beratnya hati menerima kenyataan ini.

"Terkilan kerana tidak sempat berada di sisi pada saat-saat akhirnya, namun saya reda meski hati ini masih cuba menerima sebuah perpisahan yang tidak pernah kita bersedia untuk hadapi," katanya.

Momen penuh emosi itu turut dikongsikan menerusi sekeping foto yang memaparkan Anwar memeluk erat abangnya yang sedang duduk di kerusi.

"Terima kasih atas segala kenangan dan kebaikan yang ditinggalkan dan semuanya akan kekal terpahat dalam ingatan dan hati kami.

"Mohon teman-teman titipkan doa buat Allahyarham Idrus Ibrahim, semoga Allah SWT mengampuni segala khilafnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh," katanya.

Artikel Lain