suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akaun bank dibekukan, gaji PM dan Ahli Parlimen pun tak boleh akses... Najib tidak mampu bayar denda RM50 juta

Najib tidak mampu bayar denda RM50 juta.

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mampu melunaskan denda RM50 juta bagi membolehkan dia menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Menurut peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Najib tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar denda kerana akaun bank miliknya dibekukan.

Jelasnya, ia termasuk akaun Affin Bank yang digunakan oleh Najib untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri dan Ahli Parlimen sebelum ini.

"Berkenaan dengan denda RM50 juta, ramai orang tanya sama ada hari ini kita bayar denda atau tidak. Jawapan saya, hari ini Datuk Seri Najib Sendiri memang tidak mampu. Dia sendiri tidak mampu bayar," ujar Shafee.

Shafee ditemui media selepas prosiding mahkamah membabitkan bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Denda RM50 juta belum bayar, Najib masih tak boleh balik rumah

Menurut Shafee lagi, Najib belum menerima surat rasmi pengampunan bersyarat Yang di-Pertuan Agong berkenaan baki hukuman secara tahanan di rumah.

Malah, pasukan guaman juga masih belum menerima surat yang menetapkan syarat pengampunan berkenaan.

Untuk rekod, Najib, 73, sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 18 September lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib, yang membolehkannya menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, aturan itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan.

Artikel Lain