suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Denda RM50 juta belum bayar, Najib masih tak boleh balik rumah

Suasana di luar kediaman Najib di Jalan Langgak Duta yang dikawal anggota polis pada pagi Isnin. -IZZRAFIQ ALIAS/The Star

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum membayar denda RM50 juta, iaitu syarat utama yang ditetapkan bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah aturan tahanan rumah.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, bayaran denda berkenaan perlu dibuat di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memandangkan kes itu difailkan dan dibicarakan di mahkamah berkenaan.

"Setakat ini, keluarga Datuk Seri Najib belum membayar denda.

"Selepas pembayaran dibuat, saya tidak boleh jangka secara tepat bila Datuk Seri Najib akan dibawa pulang ke rumah, mungkin ambil sedikit masa," katanya ketika dihubungi media pada Isnin.

Tambahnya, prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan aturan tahanan rumah itu akan dikeluarkan dan ditentukan oleh Jabatan Penjara.

Sementara itu, tinjauan di Penjara Kajang mendapati tiada pergerakan membabitkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu keluar dari penjara berkenaan.

Untuk rekod, Najib, 73, sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 18 September lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib, yang membolehkannya menjalani baki hukuman bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, aturan itu tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan. -The Star

 

Artikel Lain