suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pendedahan Yasin Sulaiman isu dadah dalam tirai besi bikin panas, Jabatan Penjara tampil bersuara

Rosidek (kiri) mengulas mengenai kenyataan Yasin berhubung penyeludupan dadah ke dalam penjara.

JABATAN Penjara Malaysia menafikan dakwaan penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman bahawa bekalan dadah boleh diperoleh dengan mudah oleh banduan sewaktu menjalani hukuman di dalam penjara.

Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Komisioner Penjara Mohamad Rosidek Musa berkata, pihaknya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan ketat bagi memastikan bahan terlarang tidak membolosi institusi berkenaan.

"Tidak benar. Kita ada SOP dan peraturan kita untuk mengekang perkara-perkara negatif yang tidak baik.

"Kita akui ada perkara mungkin berlaku, tetapi tidak seperti yang didakwa," katanya dalam satu sidang media pada Isnin.

Rosidek menjelaskan perkara itu selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Program Bookathon Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2026 di Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Mengulas lanjut, Rosidek berkata, pihaknya sentiasa berusaha mengekang perkara negatif termasuk salah laku dalam kalangan penghuni penjara menerusi kawalan keselamatan dan program pemulihan.

Menurutnya, pihak penjara bukan sahaja memberi tumpuan kepada aspek kawalan, malah turut menitikberatkan usaha pemulihan bagi menangani perkara negatif yang berlaku.

Tambah Rosidek seperti yang dilaporkan Sinar Harian,  SOP berkaitan kawalan keselamatan dan pengurusan penjara dikaji secara berperingkat bagi memastikan ia sentiasa ditambah baik.

Terdahulu, Yasin mendakwa dadah masih mudah diperoleh di penjara meskipun pemeriksaan keselamatan ketat dilakukan terhadap banduan baharu.

Menerusi satu audio siar, Yasin turut menceritakan pengalaman menjalani pemeriksaan berulang kali ketika tiba di Penjara Sungai Buloh, Selangor namun mendakwa langkah itu masih tidak dapat menghalang kemasukan dadah di dalam penjara.

Artikel Lain