suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada hati perut! Budak perempuan 5 tahun maut dicampak dalam sungai

Suspek dipercayai mencampak budak lima tahun itu ke dalam sungai.

TRAGEDI hitam melanda sebuah keluarga di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas dipercayai dicampak ke dalam sungai oleh lelaki tempatan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.30 pagi.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Balai Polis Kuala Sedili yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Sedili pergi ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek yang berusia 37 tahun itu.

"Semasa tangkapan dilakukan juga berlaku pergelutan dan menyebabkan kecederaan ke atas salah seorang anggota polis. Namun suspek berjaya ditahan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, pembantu pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kematian mangsa.

Mayat kanak-kanak perempuan itu kemudian dibawa ke Hospital Kota Tinggi sebelum bakal dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pasir Gudang pada Selasa untuk bedah siasat.

Mengulas lanjut, Yusof turut memaklumkan punca kejadian masih dalam siasatan, manakala suspek dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati atau penjara tidak kurang dari 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan hendaklah dihukum dengan sebatan tidak melebihi 12 kali.

Artikel Lain