suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Momen kekal dalam ingatan” - Pertemuan di sebalik kaca, Anwar imbau kenangan di Penjara Sungai Buloh

Anwar berkongsi gambar kenangan beliau di Penjara Sungai Buloh. -Gambar Facebook Anwar Ibrahim

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali kenangan ketika berada di Penjara Sungai Buloh menerusi satu perkongsian di Facebook pada Isnin malam.

Menerusi hantaran ringkas bertanda pagar #throwback itu, Anwar berkongsi sekeping gambar lama yang memperlihatkan beliau menggunakan telefon ketika berada di ruang lawatan penjara.

Menurut Anwar, pertemuan bersama ahli keluarganya ketika itu hanya dapat dilakukan di sebalik penghadang kaca dengan telefon menjadi medium untuk mereka berkomunikasi.

"Kenangan di Sungai Buloh. Bertemu keluarga di sebalik kaca, hanya melalui telefon.

"Momen yang kekal dalam ingatan," tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, hantaran terbaharu Anwar tidak menyatakan tarikh gambar berkenaan dirakam, sebaliknya hanya dikongsikan sebagai kenangan mengenai pengalamannya ketika berada di Sungai Buloh.

Artikel Lain