suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mungkir sumpah jawatan, Tuanku Muhriz batal pelantikan semua Exco Negeri Sembilan… MB kena cari pengganti

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

KESEMUA Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan dibatalkan pelantikan mereka berkuat kuasa serta-merta selepas didapati memungkiri sumpah jawatan masing-masing.

Keputusan drastik itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sebagaimana dimaklumkan menerusi kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Mohamad Ali pada malam Isnin.

Jelas Azizi, berdasarkan Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, seseorang Exco memegang jawatan selagi mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Besar.

Untuk rekod, kesemua individu terbabit sebelum ini telah mengangkat sumpah serta menandatangani ikrar taat setia pada 7 Ogos lalu sebelum rasmi dilantik menyertai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.

"Mereka berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia dan kepada Institusi Diraja, bersumpah melindungi serta memelihara kedaulatan Perlembagaan Negeri Sembilan.

"Mereka juga mengiktiraf kuasa yang terletak pada Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan. Mereka telah memungkiri sumpah ini melalui tindakan dan kenyataan mereka pada 15 September.

"Maka dengan demikian, Duli Yang Maha Mulia telah menarik balik perkenan Baginda dan membatalkan pelantikan mereka sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan, berkuat kuasa serta-merta," katanya.

Tambah Azizi, setiap individu berkenaan sudah dimaklumkan mengenai pembatalan pelantikan tersebut melalui warkah.

Susulan perkembangan itu, Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, perlu mempersembahkan senarai calon Exco baharu untuk pertimbangan dan perkenan Tuanku Muhriz.

Perkara berkenaan perlu dilaksanakan mengikut Perkara XXXVIII(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Artikel Lain