suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dana larian Syed Saddiq cecah RM707,000! Lagi RM56,000 disalur bantu penduduk Muar

Syed Saddiq ketika Misi Larian Kesyukuran dari Istana Kehakiman di Putrajaya menuju ke Muar pada Julai lalu.

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan sebanyak RM56,000 lagi berjaya disumbangkan bagi membantu penduduk di daerah berkenaan.

Menurut Syed Saddiq, sumbangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kutipan menerusi inisiatif lariannya mencecah RM707,000.

"Alhamdulillah. RM56,000 dapat disumbangkan lagi bagi orang Muar.

"Jumlah kutipan dana larian cecah RM707,000," katanya menerusi satu perkongsian di media sosial pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Kutipan dana Syed Saddiq cecah RM361,848 hari kedua larian ke Muar, jauh lepasi sasaran asal

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, keseluruhan dana berkenaan disalurkan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan.

"100 peratus akan dislairkan ke rakyat dalam bentuk iPad, komputer riba dan bakul makanan," katanya.

Syed Saddiq turut memaklumkan bukti berkaitan resit dan audit penggunaan dana berkenaan akan dikongsikan menerusi satu video.

Pada Julai lalu, Syed Saddiq memulakan Misi Larian Kesyukuran dari Istana Kehakiman di Putrajaya menuju ke Muar sebagai tanda kesyukuran selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan membebaskannya daripada empat pertuduhan berkaitan salah guna kuasa dan pecah amanah.

Pada hari pertama larian, Syed Saddiq memaklumkan sebanyak RM54,692 berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai.

Jumlah itu kemudian meningkat RM361,848 hanya selepas dua hari beliau berlari.

Misi berkenaan pada asalnya menyasarkan kutipan RM200,000 dalam tempoh empat hari bagi membantu anak-anak serta penduduk di Parlimen Muar menerusi pelbagai inisiatif kebajikan.

Artikel Lain