suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi aktiviti ‘water rafting’, wanita maut tersangkut di dasar sungai

Seorang daripada enam individu maut selepas menyertai aktiviti water rafting di Hulu Selangor. -Foto Bernama (kanan)

SEORANG wanita maut selepas bot rakit dinaikinya bersama lima individu lain terbalik ketika melakukan aktiviti meredah jeram (water rafting) di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada Sabtu.

Kejadian meragut nyawa mangsa berusia 34 tahun itu berlaku di jeram pertama sungai berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.52 petang.

Susulan itu, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, berdasarkan keterangan rakan mangsa, bot rafting dinaiki mereka terbalik sebelum kesemua individu terjatuh ke dalam sungai.

“Kesemua mereka terkeluar dari bot kira-kira jam 12 tengah hari. Mangsa didapati tersangkut di dasar air dan rakannya cuba mengeluarkan mangsa daripada halangan.

“Anggota bomba kemudian membawa mangsa ke lokasi selamat sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ashrul berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 6.30 petang.

Artikel Berikut

Artikel Lain