suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima senior sekolah asrama ditahan, didakwa pukul dua pelajar sebab tak hadir kelas agama

Kes buli di sekolah boleh menyebabkan pelajar mengalami tekanan dan masalah kemurungan. -Gambar hiasan

TIDAK menghadiri kelas agama dipercayai menjadi punca dua pelajar Tingkatan Dua dipanggil ke sebuah bilik asrama sebelum dipukul sekumpulan pelajar senior pada 12 September lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, kejadian itu berlaku kira-kira tengah malam apabila kedua-dua mangsa dipanggil oleh pelajar senior ke bilik berkenaan.

Menurutnya, sebaik tiba, kedua-dua mangsa diserang lima pelajar lelaki terdiri daripada tiga pelajar Tingkatan Lima dan dua pelajar Tingkatan Empat.

"Serangan berpunca seorang mangsa yang tidak menghadiri kelas agama, manakala seorang lagi didakwa bersubahat dengannya. 

"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan pada tangan dan badan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Zamri berkata, ibu bapa kedua-dua mangsa membuat laporan polis secara berasingan kira-kira pukul 1 tengah hari Khamis lalu selepas mendakwa anak mereka dipukul lima pelajar lelaki terbabit.

Polis menahan kesemua lima suspek pada hari sama bagi membantu siasatan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, ibu kepada salah seorang mangsa mendakwa kejadian itu menyebabkan keluarganya trauma selepas anaknya dikatakan dipukul menggunakan batang penyapu selain diugut dengan pisau kecil.

Wanita itu turut mendakwa pihak sekolah mengambil masa untuk bertindak terhadap kejadian berkenaan, menyebabkan dia membuat laporan polis dan memindahkan anaknya dari sekolah terbabit.

Artikel Lain