suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Individu jual tudung terpakai belum dicuci, siapa ada tag nama cetus kebimbangan di media sosial - “Macam ada kaitan pedofilia”

Keadaan tudung sekolah yang dijual pemilik akaun terbabit.

MENJUAL seragam sekolah terpakai lazimnya dianggap sebagai satu cara membantu keluarga dengan berpendapatan rendah membeli kelengkapan anak pada harga lebih murah.

Namun tindakan sebuah akaun media sosial yang didakwa mengumpul serta menjual semula tudung sekolah terpakai mencetuskan kegusaran seorang wanita.

Apabila lebih membimbangkan, individu tersebut menjual tudung tersebut tanpa mencuci atau membuang lencana sekolah dan tanda nama pemilik asal.

Tidak hanya itu, dia turut meluahkan kebimbangan sekiranya individu terbabit merupakan seorang pedofilia.

"Saya bukan nak tutup periuk nasi orang atau apa tapi rasanya akaun ini macam sangat pelik dan mencurigakan.

Hantaran yang dibuatnya mendapat perhatian ramai.

Hantaran yang dibuatnya mendapat perhatian ramai.

"Dia jual dan beli tudung sekolah terpakai. Adakah tindakannya itu normal sebab saya betul-betul rasa pelik," luahnya di Threads.

Kebimbangan wanita ini juga sejajar dengan hantaran yang dibuat pemilik akaun berkenaan yang kononnya memaklumkan bahawa individu yang ingin menjual tidak mahu nama mahupun lencana dibuang.

"Assalamualaikum semua, memandangkan tudung sekolah sebelum ini sudah dijual, sekarang sedang mencari orang yang sudi melepaskan tudung sekolah.

"Kalau mahu sedekah, boleh berikan kepada saya. Terima kasih," demikian antara hantaran pada video akaun tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah bau tanah tapi tak sedar diri!” - Netizen ‘serang’ grup FB pedofilia, terkejut tengok foto gadis sekolah jadi ‘modal’ komen lucah

Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut meluahkan kebimbangan sekiranya pakaian seragam sekolah itu dijadikan sebagai 'modal' individu pedofilia.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sama ketika menjual barangan peribadi.

"Teringat masa jual kasut preloved yang baru pakai sekali, ada orang hubungi nak beli dan suruh pakai lama sikit sekali stokin yang tak basuh.

"Rasa curiga bila dia tulis pasal kenapa tak cabut lencana dan nama sebab pemilik tak bagi, sebelum ini memang ada kumpulan fetish macam ini.

"Ini mesti fetish baju budak sekolah sebab nampak kotor dekat tudung," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain