suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MCMC siasat klip pementasan 2018 sentuh institusi Diraja dan Rukun Negara, akaun media sosial dan individu terlibat sudah dikenal pasti

Antara adegan dalam babak pementasan tersebut.

VIDEO sebuah pementasan yang dirakam pada 2018 kembali mencetuskan kontroversi selepas tular di media sosial kerana didakwa memaparkan kandungan menyentuh institusi Raja, Malaysia serta Rukun Negara.

Susulan penularan rakaman berkenaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan telah menerima aduan dan membuka kertas siasatan.

"Semakan awal mendapati, rakaman tersebut berasal daripada sebuah pementasan pada tahun 2018 yang kini kembali disebarkan di media sosial.

"Beberapa akaun media sosial dan invdividu terlibat juga sudah dikenal pasti bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan," ujarnya menerusi kenyataan pada Sabtu.

MCMC turut memaklumkan, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan.

Kerjasama berkenaan merangkumi proses pengumpulan serta penelitian bukti digital berkaitan rakaman dan penyebarannya.

Pada masa sama, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan video tersebut bagi mengelakkan sebarang gangguan dalam proses siasatan.

Video berdurasi 45 saat yang dimuat naik di platform Instagram oleh pengguna 'The Fever Kinetic Theatre' turut disiarkan di beberapa akaun media sosial sejak Jumaat selepas bagi menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap individu terlibat yang didakwa mempersendakan Rukun Negara dan institusi Diraja.

Artikel Lain