suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib dapat tahanan rumah, Agong perkenan pengampunan bersyarat

Najib akan menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberikan pengampunan bersyarat yang membolehkan dia menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada pembayaran denda sebanyak RM50 juta.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat ke-64 Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan pada Jumaat, yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Dalam kenyataan rasmi dikeluarkan pada Jumaat, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri mengesahkan pengampunan bersyarat itu tertakluk sepenuhnya kepada Najib memenuhi semua syarat ditetapkan, termasuk pembayaran denda RM50 juta.

"Beliau hendaklah mematuhi syarat-syarat ditetapkan dan sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal.

"Sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat-syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara,” katanya dalam satu kenyataan. - The Star.

Artikel Lain