suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berita baik! Subsidi ditambah, perlindungan bil elektrik sehingga 800 kWj sebulan

Anwar berkata langkah ini diambil sebagai tindakan segera bagi menangani tekanan hidup rakyat.

KERAJAAN mengumumkan subsidi bil elektrik dengan memperluaskan tahap perlindungan daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia berkuat kuasa bagi penggunaan elektrik mulai September hingga 31 Disember 2026.

"Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kWj sebulan akan diberikan perlindungan melibatkan pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales & Service Tax).

"Keadaan jerebu serta cuaca yang lebih panas mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah. Ia menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600 kWj dan mendorong kenaikan bil yang luar biasa.

"Langkah ini diambil sebagai tindakan segera bagi menangani tekanan hidup rakyat saat ini," ujarnya menerusi satu hantaran di media sosial pada Khamis malam.

Menurut Anwar, kerajaan juga akan terus memantau rapi perkembangan kos bahan api dan keadaan pasaran tenaga semasa bagi memastikan sebarang keputusan berkaitan tarif elektrik mengambil kira keseimbangan antara kemampuan dan beban hidup rakyat, keterjaminan bekalan elektrik serta kemampanan sektor tenaga negara.

Dalam hantaran sama, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Suruhanjaya Tenaga atas peranan mereka dalam memungkinkan langkah ini diambil dalam kadar segera.

Artikel Lain