SEORANG anggota tentera didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan pada Khamis atas pertuduhan menganiaya anak perempuannya berusia lima tahun dengan menendang kanak-kanak itu di sebuah kedai makan.Tertuduh, Mohamed Nisa Mohamed Nasir, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menendang anak kandungnya di sebuah kedai makan di Lot 143, Batu 2, Jalan Kuala Krai, kira-kira pukul 10.55 malam pada 11 September lalu.Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 31(1) akta sama.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjarakan sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali.ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki terajang kanak-kanak hingga tersungkur di kedai makan serah diriARTIKEL BERKAITAN: Sampai hati terajang budak depan orang ramai! Pelanggan kedai makan tergamam tengok bapa bertindak kejamTerdahulu, pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan atas alasan terdapat kebimbangan tertuduh boleh mengganggu mangsa yang juga anak kandungnya.Bagaimanapun, pihak pembelaan memohon jaminan dengan memaklumkan tertuduh sudah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia selama 19 tahun dan mempunyai tiga orang anak.Mahkamah turut dimaklumkan isterinya tidak bekerja serta perlu menjalani rawatan hemodialisis dan bergantung kepada tertuduh untuk menemaninya mendapatkan rawatan di hospital secara berkala.Pihak pembelaan juga memaklumkan tertuduh tidak mempunyai rekod kesalahan atau aduan keganasan rumah tangga sebelum ini, selain tidak berisiko melarikan diri kerana tertakluk kepada kawalan unit tenteranya.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan berserta beberapa syarat tambahan.Antaranya, tertuduh dilarang mengganggu mana-mana saksi pendakwaan khususnya mangsa, selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sekiranya memilikinya.Dia turut diarahkan melapor diri di Balai Polis Pengkalan Chepa atau balai polis berhampiran setiap dua minggu sehingga kes selesai.Mahkamah menetapkan 22 Oktober depan untuk sebutan kes bagi penyerahan dokumen.