Tangkap layar video tular menunjukkan reaksi orang ramai yang terkejut menyaksikan insiden di sebuah kedai makan.
SEORANG lelaki yang dipercayai menyepak anak perempuannya di sebuah kedai makan di Kota Bahru, Kelantan ditahan polis pada Ahad.Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, berkata suspek berusia 40-an terdahulu tampil menyerah diri di Balai Polis Kota Bharu. Dia kemudian ditahan reman untuk tindakan lanjut dengan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.ARTIKEL BERKAITAN: Sampai hati terajang budak depan orang ramai! Pelanggan kedai makan tergamam tengok bapa bertindak kejammStar pada Ahad melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki yang bertindak kasar dengan menyepak kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya di sebuah kedai makan di Telipot, Kota Bahru.Menerusi rakaman video tular berdurasi kurang satu minit itu, lelaki terbabit dilihat menarik tangan mangsa secara kasar sebelum bertindak melampau dengan menyepak bahagian punggung kanak-kanak berkenaan.Impak sepakan kuat itu menyebabkan mangsa terus jatuh tersungkur.Insiden ganas itu berlaku di hadapan orang ramai ketika kedai berkenaan dipenuhi pelanggan yang kelihatan terkejut dan tergamam melihat tindakan lelaki tersebut.