BEKAS Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan lebih RM860.3 juta, antara tahun 2015 hingga 2017.Belas Ahli Parlimen Jerai itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rosli Ahmad pada Isnin. Menurut kertas pertuduhan, Jamil Khir, 65, didakwa secara tidak jujur menyebabkan TH melupuskan harta insitutusi itu berjumlah RM42,942,074, RM288,172,134.64 dan RM529,194,561.87 kepada Al-Rawda Real Estate Development and Projects Management Co Ltd.Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang terletak di Aras 9, Blok D7, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pada 3 April 2015.ARTIKEL BERKAITAN: Isu Tabung Haji makin panas... Giliran bekas menteri dalam lingkungan 60-an pula ditahan SPRM!Pertuduhan tambahan pula didakwa berlaku di pejabat yang sama di Aras 10, Blok A, Kompleks Islam, Putrajaya pada 14 Disember 2016 dan 17 Ogos 2017.Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun, selain sebatan dan denda jika disabitkan kesalahan.Mahkamah membenarkan Jamil Khir diikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin, selain beberapa syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport miliknya.