suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 1,000 jemaah beri penghormatan terakhir... Menteri Kesihatan imamkan solat jenazah Dr Ainul Baraah

Jenazah Dr Ainul Baraah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper.

LEBIH 1,000 jemaah menyertai solat jenazah Allahyarham Dr Ainul Baraah Kamarudin, 33, yang terkorban dalam nahas helikopter di Long Lellang, Sarawak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad diberikan tanggungjawab mengimamkan solat jenazah Allahyarham di Masjid Al Karomah, Mukim Baung Besar, Pengkalan Chepa, Kelantan pada pukul 1.37 tengah hari Ahad.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad; Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Kasuadi Hussin turut sama menunaikan solat jenazah.

Bapa Allahyarham, Kamarudin Salleh, 69, berkata keluarganya memberi keizinan kepada Dzulkefly untuk mengimamkan solat jenazah sebagai tanda penghormatan kepada anaknya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kesihatan dan orang ramai termasuk saudara-mara serta rakan-rakan yang tidak putus-putus mendoakan dan mengingati arwah anak saya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nahas helikopter: Jenazah Dr Ainul dijangka dibawa pulang ke Kelantan esok

Jenazah Dr Ainul Baraah kemudian selamat dikebumikan pada pukul 2.20 petang di Tanah Perkuburan Islam Sri Kedeper.

Terdahulu, jenazah Dr Ainul Baraah dibawa dari Miri, Sarawak menggunakan pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada pukul 11.21 pagi.

Dr Ainul Baraah merupakan antara lima individu yang terkorban selepas helikopter dikendalikan Layang-Layang Aerospace terhempas berhampiran hujung landasan Lapangan Terbang Padang Terbang dan Berlepas Pendek (STOLport) Long Lellang kira-kira pukul 3.40 petang, 8 September lalu.

Kesemua lima individu yang berada di dalam helikopter berkenaan terkorban dalam nahas tersebut.

 

Artikel Lain

Ibu Elfira Loy meninggal dunia