suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nahas helikopter: Jenazah Dr Ainul dijangka dibawa pulang ke Kelantan esok

Dr Ainul (tengah) antara lima mangsa nahas helikopter terhempas.

MAYAT Dr Ainul Baroah Kamaruddin, 33, dijangka dibawa pulang ke Kelantan pada Jumaat, tertakluk kepada proses pengecaman yang masih dijalankan.

Suaminya, Muhammad Faiz Abdul Malik, 37, berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama agensi berkaitan sedang mempercepatkan proses berkenaan bagi membolehkan kesemua lima mangsa dikebumikan.

“Sekiranya proses berkenaan selesai, jenazah isteri saya dijangka dibawa pulang ke Kelantan untuk dikebumikan esok,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Dia berkata sampel DNA kesemua lima mangsa termasuk isterinya akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia di Kuching untuk dianalisis bagi membantu proses pengecaman.

“Barangan peribadi isteri saya juga sudah diserahkan kepada pihak berkuasa semalam bagi membantu proses pengecaman,” katanya.

Muhammad Faiz berkata dia bersama mentuanya kini menginap di sebuah hotel di Miri sementara menunggu perkembangan daripada hospital dan pihak berkuasa.

Lima individu terkorban dalam nahas itu.

“Buat masa ini, kami masih belum dibenarkan melihat jenazah isteri dan masih menunggu perkembangan terkini daripada pihak berkuasa.

“Kami mungkin akan dibawa ke hospital petang ini,” katanya.

Pada Rabu lalu, sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Short Take-Off and Landing (STOL) Long Lellang di Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching.

Helikopter berkenaan sedang menjalankan operasi perkhidmatan Flying Doctor Service (FDS) ketika kejadian.

Residen Bahagian Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Galong Luang, mengesahkan kesemua lima individu di dalam helikopter terbabit maut dalam nahas kira-kira pukul 3.40 petang.

Selain Dr Ainul Baraah, mangsa lain ialah juruterbang Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30, pembantu perubatan Alexson Adit Henry, 31, serta jururawat Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44. – The Star

Artikel Lain