suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Sopan... salam nak naik, salam nak turun” - Anwar hubungi bapa Kapten Zainol Afiq, sebak kenang wira bantu masa susah

Anwar mengenang kebaikan Allahyarham Kapten Zainol Afiq yang banyak membantunya sebelum ini.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggambarkan Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham yang maut dalam nahas helikopter di Long Lellang, Sarawak sebagai sahabat yang sangat baik dan pernah bersamanya dengannya sewaktu melalui detik sukar.

Menerusi rakaman video perbualan beliau bersama Bee Sham Ahmad iaitu bapa kepada Allahyarham, Anwar mengimbau kembali jasa dan peribadi murni pemuda tersebut yang pernah menerbangkannya ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun 2022.

Menurut Anwar, Allahyarham merupakan antara individu penting yang banyak membantunya ketika melalui jadual kerja yang mencabar sepanjang tempoh berkenaan.

"Inilah sahabat yang bantu dalam keadaan kerja susah dulu, bawa ke sana ke sini. And very nice guy (seorang yang sangat baik), sopan.

"(Dia) salam nak naik, salam nak turun, doa bersama," katanya ketika mengimbau kenangan bersama Allahyarham [Tonton Video].

Dalam perbualan sama, Anwar turut bertanyakan mengenai perkara yang boleh dibantu bagi meringankan beban keluarga Allahyarham.

"Apa yang patut kita bantu, terus beritahu staf saya. Insya-Allah saya akan permudahkan. Beritahu keluarga dia semuanya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rasa Datuk Seri patut tahu” - Kru penerbangan utus mesej buat Anwar, kenang sifat baik Kapten Zainol Afiq

Anwar dalam masa sama mengakui cukup terkesan dengan pemergian Allahyarham, lebih-lebih lagi selepas menerima foto berkaitan kejadian tersebut.

"Saya pun terkesan. Saya ingat bila mereka hantar foto itu, saya lagi terkesan," katanya.

Perdana Menteri turut menyifatkan kehilangan berkenaan sebagai satu ujian, selain menyatakan hasrat untuk membantu keluarga kesemua mangsa lain yang terlibat.

Sementara itu, Bee Sham dalam perbualan tersebut berulang kali mengucapkan terima kasih kepada Anwar atas keprihatinan tersebut.

"Terima kasih PM. Saya berhasrat untuk membawa dia balik ke Senawang, Negeri Sembilan," katanya.

Pada Rabu mStar melaporkan seorang kru penerbangan yang dikenali sebagai Amirul Hakeem berkongsi kenangan Allahyarham Kapten Zainol Afiq yang pernah mengendalikan penerbangan membawa Perdana Menteri.

Menurut Amirul, peluang menerbangkan Anwar ketika kempen PRU15 merupakan satu kenangan indah yang amat dibanggakan oleh Allahyarham.

Kapten Zainol Afiq antara lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas dan terbakar berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, Marudi di Sarawak, pada petang Selasa.

Empat lagi mangsa ialah pegawai perubatan, Dr Ainul Baroah Kamaruddin; penolong pegawai perubatan, Alexson Adit; serta dua jururawat iaitu Debra Moset serta Jessie Paya.

Artikel Lain