KAPTEN Zainol Afiq Bee Sham yang maut dalam nahas helikopter di Long Lellang, Sarawak pada Selasa rupanya pernah mengendalikan penerbangan membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pengalaman berharga itu dikongsikan oleh seorang kru penerbangan yang dikenali sebagai Amirul Hakeem. Katanya, dia bersama Allahyarham pernah bertugas menerbangkan Anwar ketika berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun 2022.Amirul berkata, dia pada ketika itu bertanggungjawab membantu juruterbang dalam urusan penyelarasan sepanjang beberapa hari kempen berlangsung."Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya Amirul Hakeem. Saya tidak pasti sama ada Datuk Seri masih mengingati saya, tetapi saya merupakan salah seorang kru ketika kempen PRU15 pada 2022."Ketika itu, saya membantu juruterbang dalam urusan penyelarasan sepanjang penerbangan Datuk Seri bersama kami."Maaf kerana menghubungi dengan cara begini, tetapi saya ingin memaklumkan mengenai Kapten Zainol. Beliau adalah juruterbang yang menerbangkan Datuk Seri sepanjang beberapa hari kempen ketika itu," katanya menerusi perkongsian di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: “Nampak lain, wajahnya berseri” - Cuti sekolah jadi kenangan terindah, ibu cerita Dr Ainul rajin masak tiap kali balik kampungARTIKEL BERKAITAN: Helikopter doktor udara terhempas, nasib lima penumpang belum diketahuiMenurut Amirul, peluang menerbangkan Anwar ketika kempen PRU15 merupakan satu kenangan indah yang amat dibanggakan oleh Allahyarham."Beliau benar-benar berasa bangga dan berbesar hati kerana diberi peluang untuk menerbangkan Datuk Seri pada waktu tersebut."Beliau sering mengenang dan bercerita dengan penuh rasa gembira mengenai hari-hari berkenaan. Datuk Seri patut tahu, pengalaman itu amat bermakna buat dirinya," kata Amirul.Dalam pada itu, Amirul menyifatkan Kapten Zainol bukan sahaja seorang juruterbang berdedikasi, malah seorang insan baik dan sahabat yang amat disayanginya."Beliau seorang insan yang sangat baik dan merupakan sahabat yang amat saya sayangi."Saya amat berdukacita dengan berita pemergiannya dan merasakan Datuk Seri mungkin ingin mengetahuinya memandangkan beliau pernah menerbangkan Datuk Seri sepanjang tempoh kempen tersebut," katanya.