SEBUAH helikopter dipercayai membawa lima individu termasuk juruterbang dan petugas perubatan bagi program Perkhidmatan Doktor Udara terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang di pedalaman daerah Marudi, Sarawak pada Selasa.Berdasarkan maklumat awal daripada Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Miri, helikopter itu terhempas berhampiran penghujung landasan lapangan terbang berkenaan. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan menerima laporan mengenai nahas tersebut.Menurut CAAM, pesawat yang terlibat merupakan helikopter jenis BO-105 dengan nombor pendaftaran 9M-LLF.Pihaknya menerima pemberitahuan mengenai kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada pukul 3.58 petang.Helikopter berkenaan dipercayai sedang membawa petugas perubatan yang terlibat dalam program Perkhidmatan Doktor Udara.Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi mengenai jumlah individu yang berada di dalam pesawat atau keadaan mereka.Untuk rekod, Lapangan Terbang Long Lellang terletak kira-kira 310 kilometer dari Miri dan bersebelahan dengan Kampung Long Lellang.Lapangan terbang itu menyediakan perkhidmatan kepada penduduk luar bandar termasuk komuniti Kelabit dan Penan yang tinggal di antara kawasan paling terpencil di Sarawak. -The Star